//Beauty Queen

De'Owner


Annyeong Chocolate(s) . Welcome to my Castle . I'm shafa shakirah , the owner of this Blog . Be nice here and leave your footprints at my Tagboard . Kamsahamnida .



Tagboard



Sing-A-Song ~



Credits


Template by : Secret Admire :)
Basecodes by : Secret Mrs :)
Edited by : Shafa Shakirah <3
Others:

----------------------------------------- Copyright© by Secret Mrs :) 2012
-----------------------------------------
Jatuh Cinta :)
Rasa ingin dibelai manja oleh seseorang yang mana kita rasakan itulah cinta kita yang abadi kadang sering menguji kekuatan dalam diri . Dan kita selalu saja leka dibuai asmara yang terus membara . Semangat jati diri seolah tercabar dan hanyut dikala mencari identiti sendiri .

Penantian dalam samar adakah cinta itu milik kita ? Apakah yang kita rasai sama seperti si dia rasakan ? Adakah aku yang berlebihan perasaan demi perasaan menguasai diri ?

Memiliki seorang kemudian perasaan suka mula berkembang . Dan bila menyukai perasaan cinta semakin menguasai diri . Adakah si dia begitu ? Adakah cinta aku bertepuk sebelah tangan ? Atau si dia juga merasakan cinta padamu ? Layanan si dia seolah mempunyai perasaan yang sama . Namun siapakah tahu apa isi hatinya .

Rasa kosong dalam diri terus menjiwai dan dibuai hanyut dalam suasana yang mendebarkan . Dikala ini masih mencari sesuatu kehilangan . Dan semakin sunyi kerana hati amat merindui dia . Tertanya tanya khabarnya . Dimana si dia ? Sehingga menangung kerja seharian . Kosong dan terus kosong tanpa ada dia .

Kamu akan selalu tertanya tanya kesetiaan atau kejujuran si dia pada kamu . Sedangkan masih belum ada kata putus atau janji antara kamu dan dia . Masih dalam peringkat permulaan . Sedangkan kamu sudah melangkah jauh . Ingin lebih dari sekadar teman biasa . Dan perasaan cemburu menguasai diri kamu sekarang . Jika si dia lambat ubtuk membalas SMS , mulalah berfikir bahawa si dia bersama dengan seseorang .

Di dalam seharian mencari cari dima si dia . Ternanti nanti kemana arahnya . Mencati si dia dimana . Mula ada perasaan RINDU yang timbul . Dan rindu itu mula menyiksakan diri . Semakin kuat debarannya , semakin dalam merasa .

Kamu tertanya tanya adakah si dia mempunyai perasaan cinta dan sayang atau sekadar suka ? Apakah perasaan si dia terhadap mu ? Tertanya tanya hingga kerja seharian mu tergangu . Kadang kadang membuat mu termenung jauh . Siapa kamu dihatinya ? Apa mahu si dia ?

Cinta itu kejujuran kerana cinta tidak pernah memaksa , 
Cinta itu murni kerana cinta memerlukan ketulusan hati , 
Cinta itu kekuatan kerana cinta memerlukan ketabahan , 
Cinta itu kesabaran kerana cinta menguji keimanan , 
Cinta itu keredaan kerana cinta itu pemberian TUHAN , 
Cinta itu kemaafan kerana cinta itu sangat sensitif , 
Cinta itu kesetiaan kerana cinta hanya kepada yang satu , 
Cinta itu persahabatan kerana cinta asasnya kepercayaan , 
Cinta itu inspirasi kerana cinta itu membina kekuatan . 

Menanti satu jawapan yang selalu saja menjadi tanda tanya pada kita . Memerlukan keberanian untuk menyatakan cinta . Jika masih dalam samar rasa itu , simpanlah agar tiada hati yang dilukai . Kerana hati itu adalah hati kita sendiri . Luka kecewa bila sebenarnya kita cumalah bertepuk sebelah tangan . Luka dalam serita hanyalah kita sandaran baginya . Luka yang tak sudah sudah kerana sebenarnya kita hanya perasan :')

Akan tetapi si dia juga menyimpan rasa itu . Syukur kita dan mudahan cinta itu kekal hingga ke syurga :)




Older Post | Newer Post