Teman Hidup
KAMU AMAT MENYUKAI SI DIA
Kamu menyukai si dia dengan apa yang dia ada. Bukannya pada wang ringgit atau kerana dia anak orang berada kamu sanggup berpura-pura menyukainya. Jika kamu benar-benar mementingkan semua ini, akhirnya kamu sendiri yang akan rugi kerana kebendaan tidak bertahan selama-lamanya.
SAMA ADA DIA POPULAR ATAU TIDAK
Adalah mudah sekali menyukai seorang jejaka yang popular kerana gadis lain pun turut sama meminatinya. Ada gadis yang berasa bangga kerana dapat keluar berdating dengan jejaka yang popular di kalangan teman-temanmu. Mungkin kamu rasa seolah-olah dah memenangi sesuatu pertandingan. Namun keadaan ini tidak sedikit pun menunjukkan kamu memiliki kelebihan. Oleh itu jangan memilih seorang jejaka berdasarkan kepopularitiannya. Semuanya sama saja.
SI DIA MENGHORMATIMU
Si dia tidak perlu membaca novel hanya kerana kamu suka membaca novel. Tapi jika si dia benar-benar ikhlas menghormati kamu apa yang kamu suka lakukan dia akan tetap menghormatimu. Bukankah lebih elok jika si dia menceritakan pada teman-temannya yang kamu bukan hanya seorang kekasih yang terhebat malah peminat novel yang fanatik.
KAMU DAN SI DIA ADA PERSAMAAN
Ini memang menyeronokan kerana kamu brdua memiliki sesuatu yang sama. Contohnya hobi, minat, makanan, minuman dan sebagainya. Tentu kamu rasa gembira bila melakukan sesuatu yang kamu suka bersama-sama si dia.
KAMU MEMPERCAYAINYA
JIka si dia berbohong pada perkara kecil tentu juga si dia akan berbohong pada perkara yang lebih besar. Dan bila mana kamu tidak mempercayai si dia lagi, si dia akan membuatkan kamu terasa amat gila sekali lalu kamu berubah menjadi seorang gadis yang kuat cemburu. Mungkin selama ini kamu tidak terfikir yang kamu ini seorang yang kuat cemburu tapi itulah hakikatnya. Perasaan sedemikian tentulah amat menyakitkan hatimu kecuali kamu suka menghabiskan 4 jam ditelefon cuba berbaik-baik kembali dengan si dia ataupun suka menjerit-jerit memarahinya.
KAMU RASA SI DIA SEORANG JEJAKA YANG BAIK HATI
Mungkin itu Cuma perasaanmu saja. Si dia baik padamu tidak mencukupi,itulah kenyataan sebenar kerana kamu perlu pastikan si dia baik terhadap teman-temanmu yang lain. Tengok macam mana si dia melayan orang lain kerana cara itulah si dia akan melayan kamu sedikit masa lagi.
BICARA APA SAJA.
Kriteria ini penting sekali. Tiada gunanya jika si dia itu hensem, ,macho tapi pada masa yang sama kamu tidak selesa dengannya.
Teman lelaki yang baik ialah dia sanggup mendengar apa saja yang ingin disampaikan olehmu sekurang-kurangnya kamu tahu si dia bersedia bersamamu dalam apa jua situasi. Jika si dia sanggup berbuat demikian, ini bererti si dia adalah seorang lelaki yang berfikiran terbuka dan boleh dijadikan sebagai kekasih yang baik.
SI DIA BUATKAN KAMU RASA BAHAGIA
Mungkin kamu pernah dengar perkataan ini. “Tiada siapa yang dapat membuat kamu bahagia kecuali diri kamu sendiri”. Mungkin ada benar maksud pepatah ini tapi dalam dunia percintaan kamu perlukan kerjasama si dia.
Apalah gunanya jika si dia asik menyusahkan kamu dengan perangainya yang tak senonoh..mungkin si dia suka buat kelakar, itu tidak mengapa. Tapi jika si dia suka membuat hal yang sama berulang kali dan menyusahkan kamu lebih baik kamu solo sahaja.
Older Post | Newer Post